Saturday, May 14, 2011

Im gonna miss you, JB!

Ok. Bangun bangun pagi jek terus hadap lappy. Pikir nak update entri jer sebab dah simpan niat ni sejak habis exam kelmarin. huhuhu.
.
Hari ni, aku balik Muar. Yuhuu! Suka sangat dapat balik. Semangat gila mengemas barang barang dalam bilik ni. Berkotak kotak bagai. Ingat kan sikit, padahal.. pehh. Boleh tahan, campur dengan barang si Nona dan Arek lagi. Boleh terbalik Frontier ayah aku. huhu.
.
Dalam perasaan gembira nak balik ni, aku tetap rasa sedih. Im gonna to leave JB for a certain time. Aku akan rindu JB. Sepanjang menjadi student tahun 2 SHD, aku rasa banyak benda aku belajar. Aku menjadi single rider. Aku belajar menjadi seorang yang independent. Bersama kawan kawan yang banyak membantu aku. Aku belajar melaksanakan tanggungjawab sebagai pengurus team.  Bersama Handballerz yang aku sayang gila nak mati. Terima kasih kawan kawan.
.
Aku mesti rindu korang semua. Orang orang yang dah banyak bantu aku. Orang orang yang bersama aku ketika aku susah dan senang. Aku hargai.. Next sem, kita jumpa lagi. Masa tu aku dah jadik student final year 3 SHD. Kita buat PSM sama sama ok. Kepada Handballerz, aku tetap akan main handball, if pengurus baru ajak main. huhu. Tapi tak la aktif sangat. Mesti sibuk dengan PSM. Kepada kawan kawan yang lain, kita akan tetap terus berkawan. Tetap lepak sama sama ok. Aku akan rindu JB.
.
Nak dijadikan cerita, malam tadi dok syok mengemas barang barang kapal karam , aku jumpa la barang barang yang aku misplaced before ni. haha. Cincin aku. Adek aku bagi. Lama tak pakai. Dan, bab paling sayu, sapu tangan ni. Dengan..Sweater. Malas la cerita kat sini. Senang kata aku sayu gila. Aku akan rindu kan JB.
.
.
.
Aku minta maaf kepada kawan kawan semua. Zahir dan batin. Jika ada tersilap salah sengaja atau tidak. Kepada yang penah terasa dengan aku, penah tergaduh dengan sapa sapa disebabkan perangai dan tindakan aku, aku betul betul minta maaf. -.-
.
Aku akan rindu korang nanti. Kepada Handballerz, kita jumpa time MASUM nanti ok.

Monday, May 9, 2011

Kepelikan berlaku sepanjang Study Week dan Examination

Baru sudah jawab paper Manufacturing Processes. Hua hua hua. Aku berjaya jawab yang mana aku baca. Ok la tuh. Ada la jugak kosong kosong sebab aku tak tau nak tembak hape kat ketas garis garis tuh. Lagi aku tenung lagi rasa nak terkencing. Aish..
*setiap kali time paper aku akan pegi toilet dalam 2 kali. haha. pressure jawab kononnya. excuse me, tak de masa nak baca toyol dalam toilet ok.. sejuk gila kot, kata jawa, mana la tahan dengan air cond. ceh poyoo jawa je aku ni. huhu.
.
.
Aku tergerak nak tulis pasal kepelikan berlaku sepanjang study week dan exam selepas someone told me about this. Then aku terfikir pasal ni. Plus aku membuat observation aku sendiri. hahaha. macam takde keje jer. 
.
.
Firstly, aku minta maaf if entri kali ni menyentuh isu-isu sensitif. Mungkin ada pihak pihak yang terasa. Tapi aku nak share apa yang aku rasa. Its ok kan? Any comment, please make it at below.. huhu.
.
.
Setelah diperhatikan, ni la antara observation aku. teet teneeet :
  • Asal masuk study week jer, mesti something happen kat budak budak ni. Means, ada berlakunya salah faham. Agak subjektif kalau nak dihuraikan. Salah faham macam mana, hanya orang yang terlibat akan merasakannya. Ok. Pengalaman lama buat aku fikir pasal ni. Dah faham dah benda benda ni mesti terjadi punya la , especially kepada sesape yang takde 'backup group'. Terpaksa blah dari bilik sendiri sebab dah tak tahan kat bilik sendiri. Rasa dipinggir kan. Rasa terbuang. Kalau kat bilik sendiri pun apa guna, cuma buat hal sendiri sebab takde yang nak tegur. Tegur pun rupa rasa nak mintak kena baling tempe basi jer. hahaha. Lek lu jangan marah...
  • Asal masuk study week jer, mesti gopoh gopoh siapkan assignment yang tak terhantar. Tu pun naseb dapat belas ikhsan dari lecturer mintak panjangkan expired date. Kalau tak dapat, naya beb! Haa. Biasanya assignment group la. Bila dah sebut group ni, faham faham je la. Ada yang nak mengelat. Aku harap aku bukan yang macam tu. Tak puas hati, sila ambush depan depan saya ok. Nak nasihat sikit kat sapa sapa yang selalu mengelat, tak yah la korang buat macam ni. Kelak, kau yang terkena. Kalau kau nak mengelat masa buat degree, baik kau dok rumah belajo masak ke hape. Berfaedah sikit. Tak gitu?? Cer pikir ok..
  • Asal masuk study week jer, sistem ulangkaji 'berubah'. Tiap tiap malam stay up. Sampai pagi esok pun boleh tahan lagi. Hebat budak UTM ni. Hahaha. Dan, paling pelik nye, yang tak penah penah study sesama, tetiba study sama sama. Biasanya budak budak ni study ikot geng geng tertentu. Hahaha. Nampak kot. Macam macam gaya study sehh..
  • Asal masuk study week jer, baru start carik past year dan hints sume bagai. Yang tak dapat nasib la. Kesian actually kat sapa sapa yang jenis 'single rider', dia kena usaha lebih nak dapat kan tips tips dari kawan. Kalau mintak kat kawan yang jenis 'kedekut', alamat exam keluar cepat ler. huhu. Kalau ada tips, share share la. Apa salahnya membantu kawan sendiri..Dapat pahala..
.
.
Lebih kurang gitu la apa yang aku perhatikan kat budak budak ni. Macam buat research la plak aiii.. Hahaha. Teringat tak pikir lagik untuk tajuk PSM. Mati aku!
.
.
Apa pun observation ni sekadar untuk korang fikirkan kejap je. Tengok kot kot ada berlaku kat antara korang. Hope takde la. Sebab benda benda macam ni boleh efek kat diri sendiri kalau terkena. Aku tulis bukan main main. Sebab aku ada experience pasal ni. Belajar daripada kisah lama. >.<
.
.
--> ada lagi satu paper. HRM. Good Luck. Tido jom. zzzz.

Saturday, May 7, 2011

FM oh FM !

FM ataupun nama saintifiknya Financial Management, menjadi gerunan student student SHD. Tanggal 6/5 tamat lah riwayat kesan degil subjek ni. Cerita macam dah habis exam jer. gila la kau. a ah memang aku dah gila, gila sebab study FM ni bagai nak tercabut skru kerusi aku ni. hahaha.
.
.
Dah berapa malam asyik tido lambat hampir ke subuh. aku ni dah la jenis sharp pukul 12 , pap! terus tertido kat katil tuh. disebabkan FM ni, sanggup makan time malam malam semata mata nak stay up. untuk makluman, bila aku lapar aku tak leh langsung nak study. haha. patut lah makin bam bam aku ni. adehh. kena diet semula ni. jeans bagai sume dah ala ala sarung nangka busuk.. 
.
.
Bukan aku sorang je rasa efek FM ni, diorang sume pun sama. Sume memang sesuai dengan peribahasa ni 'orang mengantuk disorongkan bantal'. yelah, mengantok gila. heh. macam pelik jer penggunaan ni . ah bedal la . janji sampai maksud. hahaha. Tapi sume dok sengkang mata dengan batang mancis buku FM dan nota bagai. Sume study gila gila. boleh tembus buku tu tenung lama lama. tak pun jadik peta. (tido dengan buku). haha. tahniah korang. cara sehh!
.
.
Apa apa pun, ada lagi 2 paper akan mendatang. Manufacturing dan HRM. bukan haram tapi human resources. pehhhh. menghafal la. haha. confirm tido dengan buku lagi ni. takpe. sabar sabar. aigoo~
.
.
-->Kepada kawan kawan Good Luck sume. Tips jangan lupa share share ok. Selalu aku jer tak dapat tips. sebab terpencil terpinggir. But I dont care. huhu.  Dah la, tido tido. Mengantok gila.

Thursday, May 5, 2011

Tak tau nak kata apa

sori geng! exam punya pasal aku malas nak taip taip sejak akhir akhir ni..
.
.
just wanna to say, i am so sorry..
.
.
Aku rasa bersalah. Sangat.
.
.
To someone. Eh. Not. To someone + someone else. Means two person. Yup, absolutely. I am messing up all that things. Sorry.
.
.
Feels like to jump from 15th floor of building.
.
.
Again. Again and again. I am so sorry.
.
.
--> so... soley soley.. soley ley..heh. bengong.

Tuesday, May 3, 2011

Maaf

Ketika sedang lena tido petang, sambil peluk bantal bacin busuk..
.
*bunyi ringtone lagu kejoraku bersatu* mesej masuk inbox.. cepat cepat bukak dalam keadaan mamaisara ..
.
"Awak.. saya sayangkan awak"
.
PAPPP! terkejut gila. terus hilang mengantuk! Aduhh. Masalah!!
.
.
MAAF. MAAF.. copypaste ayat nabil tu yang aku terpikir.. Perasaan bercampur baur. Unpredictable....
.
.
*Saya mintak maaf.. saya tak dapat balas semua ni..saya harap awak faham kenapa..saya dah cakap kat awak sebelum ni*.. sambil pikir ayat lain.. sebab nak jaga hati punya pasal. kita tak leh pakai ambush je bab2 perasaan ni. bahaya! silap2 masuk sepital jiwa. heh.
.
.
*Takpelah awak.. saya faham* pehh. zappp!sentap ayat dia. aku, kesian sebenarnya. kenapa kesian? tak tau la.. sebab aku tau, perasaan tu terlalu suci.. tapi silap orang.. better choose another person. Rasa serba salah actually. Aku bagi harapan kat dia ke? Sori......
.
.
Aku cuma mampu mintak maaf kat dia. Biarlah seribu kemaafan pun, aku tetap rasa bersalah sebab dia ada perasaan tu pada seorang kawan, perasaan tu bukan sebarang perasaan. Boleh rasa aura dia. Tapi.. I just only make friend with him..
.
.
--> tenung henpon lama lama sambil berpikir lagi.. heh. udah udah la tu wehh.! pegi mandi sana!

Monday, May 2, 2011

Selamat Hari Pekerja !

1/5/2011
.
.
Pada suatu petang yang agak agak damai. Berlakunya perbualan antara dua beradik *diorang ni main mesej mesej. Suru adalah kakak, dan Muju adalah adik. Suru masih belajar di sebuah higher education bajet omputih sket dan Muju bekerja di sebuah ladang kambing kedai henpon :
.
.
Toingg toingg bunyi mesej masuk. then laju laju open inbox. ingat kan pakwe bagi mesej. rupa rupanya...

Suru : Oi oi, keje ke wehh? belum pape terus oi oi, haram punya kakak.
Muju : Keje2. sok bru off. awat naa? kebluran
 .
Suru : Saje nak wish selamat hari pekerja.. mengikut Akta Kerja seksyen 60D, pekerja berhak mendapatkan bayaran upah 3 kali ganda.hahaha. dengan nada selamber plus poyo poyo
Muju : Argh. siotnya ko ni. beibi ar. dari semalam aku dah cakap dengan bos gaji double. haha.tak guna punya kakak kenakan aku ye. takpe takpe 
.
Suru : Double tu kurang 8 jam. ni triple untuk lebih 8 jam. Bunguk betul. haha. saje bakar bikin panas. keypadlock betul punya kakak
Muju : Agak yeke. haha.  lantak ar. yang penting nak amik gaji hari ni. hua hua. bengang sambil cover line baik   
 punya
.
Suru : Hahaha. Ok. Selamat bekerja ye.. cuba amik hati selepas dengar perkataan gaji
Muju : Selamat la sangat weh. haha. dengan nada yang amat geram plus hati berbunga bunga 
.
.
Laa pendek je diorang borak borak. Agaknya si adik bengang sebab kena keje time orang cuti. Sedangkan gaji tetap sama. menurut sumber dipercayai bos si adik bukanlah seperti bos bos di syarikat besar. paham paham la yek. huhu..
.
.
Aku tabik spring kat sapa2 yang keje time hari pekerja. sanggup mencari rezeki walaupun terpaksa berkorban. ni nilai nilai murni tau. nak dijadikan cerita, cer cite cer cite family aku bukanlah jenis yang bekerja dengan orang lain. mama dan ayah aku, kerja buat mi siput jek. plus ada kedai runcit kecik kat depan rumah. confirm ar diorang tak cuti. sempat lagi menoreh mama aku tuh. memang KUAT la diorang nih. bagi family aku, no cuti cuti kalau kerja. rumah itu tempat bekerja. kadang kadang kesian jugak, tapi pikir la sapa nak bagi makan kat kami kalau tak keje. tskk tskk. 
. 

Aku tak take port sangat hari pekerja ni sebab pada aku, ni cuma cuti umum. so cuti jela kan. aku pun tengah study lagi. kena la cuti sebab orang dah bagi cuti. bukannya keje pun.hahaha..
.
.
Hari pekerja, orang yang bekerja diwajibkan bercuti. Sapa keje time cuti ni, dia berhak dapat bayaran lebih. eh ingat senang ke keje time cuti ni. psikologi terganggu wehh. nak tau? sebab orang lain cuti kau kena keje. siap over time plus plus. lain kes la kalau dia ni workholic punya orang cari duit saku lebih. haaa.. Sepatutnya time cuti ni la diorang habiskan masa dengan family, dengan sapa sapa la, janji rehat, keluar dating ke bagi yang berpakwe dan bermakwe, jalan jalan cari makan ke, pegi mana mana la..
.
Tak salah bercuti. Bila cuti, kita rehat. rehat dari pikir pasal keje yang bertimbun timbun. otak kita perlu rehat dan refresh supaya takde lah hang semacam. kalau hang dah tak ke nyusahkan orang lain? tak pasal pasal kat tempat keje dok marah marahkan kawan, marah sana marah sini. sebab apa? sebab suka suka TENSION. buat keje pun ikhlas tak ikhlas jek. iskk iskk. jangan buat tau.
.
.
So... kalau nampak orang yang tengah tension tension ni, suruh dia cuti. suruh dia pegi jalan jalan tak pun rehat jek. pastu korang wish la selamat hari pekerja kat dia. tu pun agak agak tak kena pelempang jawa ar. hoho.. Nikmatilah cuti anda sebaik baik mungkin. ^,^
.
.
--> Selamat Hari Pekerja semua! "mama, apesal tak ajak sara balik kampung?tak puas hati la camnih. huu~"