Monday, May 2, 2011

Selamat Hari Pekerja !

1/5/2011
.
.
Pada suatu petang yang agak agak damai. Berlakunya perbualan antara dua beradik *diorang ni main mesej mesej. Suru adalah kakak, dan Muju adalah adik. Suru masih belajar di sebuah higher education bajet omputih sket dan Muju bekerja di sebuah ladang kambing kedai henpon :
.
.
Toingg toingg bunyi mesej masuk. then laju laju open inbox. ingat kan pakwe bagi mesej. rupa rupanya...

Suru : Oi oi, keje ke wehh? belum pape terus oi oi, haram punya kakak.
Muju : Keje2. sok bru off. awat naa? kebluran
 .
Suru : Saje nak wish selamat hari pekerja.. mengikut Akta Kerja seksyen 60D, pekerja berhak mendapatkan bayaran upah 3 kali ganda.hahaha. dengan nada selamber plus poyo poyo
Muju : Argh. siotnya ko ni. beibi ar. dari semalam aku dah cakap dengan bos gaji double. haha.tak guna punya kakak kenakan aku ye. takpe takpe 
.
Suru : Double tu kurang 8 jam. ni triple untuk lebih 8 jam. Bunguk betul. haha. saje bakar bikin panas. keypadlock betul punya kakak
Muju : Agak yeke. haha.  lantak ar. yang penting nak amik gaji hari ni. hua hua. bengang sambil cover line baik   
 punya
.
Suru : Hahaha. Ok. Selamat bekerja ye.. cuba amik hati selepas dengar perkataan gaji
Muju : Selamat la sangat weh. haha. dengan nada yang amat geram plus hati berbunga bunga 
.
.
Laa pendek je diorang borak borak. Agaknya si adik bengang sebab kena keje time orang cuti. Sedangkan gaji tetap sama. menurut sumber dipercayai bos si adik bukanlah seperti bos bos di syarikat besar. paham paham la yek. huhu..
.
.
Aku tabik spring kat sapa2 yang keje time hari pekerja. sanggup mencari rezeki walaupun terpaksa berkorban. ni nilai nilai murni tau. nak dijadikan cerita, cer cite cer cite family aku bukanlah jenis yang bekerja dengan orang lain. mama dan ayah aku, kerja buat mi siput jek. plus ada kedai runcit kecik kat depan rumah. confirm ar diorang tak cuti. sempat lagi menoreh mama aku tuh. memang KUAT la diorang nih. bagi family aku, no cuti cuti kalau kerja. rumah itu tempat bekerja. kadang kadang kesian jugak, tapi pikir la sapa nak bagi makan kat kami kalau tak keje. tskk tskk. 
. 

Aku tak take port sangat hari pekerja ni sebab pada aku, ni cuma cuti umum. so cuti jela kan. aku pun tengah study lagi. kena la cuti sebab orang dah bagi cuti. bukannya keje pun.hahaha..
.
.
Hari pekerja, orang yang bekerja diwajibkan bercuti. Sapa keje time cuti ni, dia berhak dapat bayaran lebih. eh ingat senang ke keje time cuti ni. psikologi terganggu wehh. nak tau? sebab orang lain cuti kau kena keje. siap over time plus plus. lain kes la kalau dia ni workholic punya orang cari duit saku lebih. haaa.. Sepatutnya time cuti ni la diorang habiskan masa dengan family, dengan sapa sapa la, janji rehat, keluar dating ke bagi yang berpakwe dan bermakwe, jalan jalan cari makan ke, pegi mana mana la..
.
Tak salah bercuti. Bila cuti, kita rehat. rehat dari pikir pasal keje yang bertimbun timbun. otak kita perlu rehat dan refresh supaya takde lah hang semacam. kalau hang dah tak ke nyusahkan orang lain? tak pasal pasal kat tempat keje dok marah marahkan kawan, marah sana marah sini. sebab apa? sebab suka suka TENSION. buat keje pun ikhlas tak ikhlas jek. iskk iskk. jangan buat tau.
.
.
So... kalau nampak orang yang tengah tension tension ni, suruh dia cuti. suruh dia pegi jalan jalan tak pun rehat jek. pastu korang wish la selamat hari pekerja kat dia. tu pun agak agak tak kena pelempang jawa ar. hoho.. Nikmatilah cuti anda sebaik baik mungkin. ^,^
.
.
--> Selamat Hari Pekerja semua! "mama, apesal tak ajak sara balik kampung?tak puas hati la camnih. huu~"
 

3 comments:

  1. suru = sara
    muju = mija

    kan ? kan ? kan ?
    ehehe .
    aku jumpa belog kau.
    hebat tak ? hahaha *perasan*

    ReplyDelete
  2. kui kui kui.. kau memang cekap la wehh. sara dan mija.

    haha. memang la jumpa sebab aku baru follow kau. hahaha LOL.

    ReplyDelete
  3. hahaha . kau follow aku ?
    eh ? tak sempat nak tgk blog sgt skrg ni .
    huhu

    ReplyDelete