Friday, July 29, 2011

Selamat Tinggal PPD Muar

Hari ni hari jumaat. 29 Julai 2011. tengok tajuk tuh, selamat tinggal PPD Muar. esok lusa aku tak datang lagi ke ppd as budak praktikal. sedih kan.. 2 bulan 2 minggu, 2 minggu sebab extend. tak merasa lagi keje tanpa gaji kat ppd ni lagi. aku tak kisah sangat keje tanpa gaji ni sebab dalam praktikal. alhamdulillah, orang orang kat ppd ni sume best best belaka. baik baik. selalu belanja makan, untung jadik budak praktikal kat sini. dijaga, dilindungi..dimanja? ah tu tak boleh blah. haha.
.
.
Dah last last ni baru nak ajak akak2 pegi karok. selalu karok dengan si ipah tu je. tak pun dengan su. sedih plak, tah bila dapat jumpa lagi.. mesti rindu dengan diorang. huuu.. dah 2 bulan baru nak merasa keakraban dengan orang orang kat sini. masa awal awal tak rasa sebab stil fresh.. haha. malu pun ye. sekarang dah kurang malu. haha.
.
.
Aku suka serbu unit kewangan sebab ada ipah. ada kak wawa. boleh kacau diorang. haha. ada jugak akak2 lain. mula mula takut tengok diorang sebab sume keje kusyuk, macam nak telan orang kalau ada orang masuk unit. yang aku slumber main seru nama ipah. ipah oh ipah! ha camtu la. rupa rupanya, diorang cakap belum ada yang suka buat onar melainkan aku dengan adib. hahaha. sori geng.. jangan garang garang, korang sume manis manis belaka bila senyum tau! huhu.
.
.
Selain tu, aku suka serbu unit ict. sebab ada 2 orang lagi budak praktikal. diorang 6 bulan. peh lebam wehh. huhu. unit ict sejuk gila, pastu aku suka pegi toilet atas. sekali lalu la tu. hehehe.
.
.
Kalau boleh aku nak sebut sorang sorang yang kat sini.. tah la. terlalu berharga kenangan ni..
Dan...Kalau tak kerana pertolongan cikgu aku tu, tak mungkin aku boleh ada kat sini. tah kat mana tah. terima kasih cikgu.. sebelum terlupa, terima kasih kat KU. sudi terima aku kat Unit Pengurusan Sekolah. errr. nanti tolong sign kan buku log saya ye. hihihi.
.
.
Aku dapat 2 hadiah masa majlis. aku jarang dapat hadiah hadiah ni. terharu wehh. pastu ada buat ucapan sikit. cait tersasul plak time bagi ucapan. kena gelak. saje control, sebab dah nak nangis. tersentuh perasaan.
Terima kasih semua.. aku tak bagi lagi hadiah kat korang an. takpe, nanti aku carikan ok..
..
.
Kepada pegawai dan staf unit pengurusan sekolah, haji mad, sir rosli, ibu mariah, abg jo, haji shafie, haji akabal. en fauzee, mr lee, dan adha, terima kasih yang tak terhingga. walaupun tak terucap dengan kata kata insyaAllah satu hari nanti jika diberi peluang aku balas jasa korang.. dan, halalkan makan minum aku. err aku selalu amek beskot. beskot tu habis sebab aku yang amek. huhu.

Sayang korang sampai bila bila. Semoga sukses PPD. ! ;)

Wednesday, July 27, 2011

Tak Marah tapi Sedih


Hai readers. Entry ni drafted. Baru sempat ni. Time ni, aku menulis sampai tertidur disebabkan terlalu penat lepas balik kerja..
..
.
Aku tak marah tapi aku sedih. Aku terasa dengan kata-kata tu. Bukan aku nak benda semua macam ni berlaku kat aku. Keadaan dan kekangan masa memaksa aku jadik macam ni. Tolonglah jangan paksa aku pikir macam macam. Memang la aku nak jadik yang terbaik. Sapa yang tak nak kan? Biarlah aku ikut flow masa. Aku akan buat, aku akan laksanakan. Tapi sekarang bukan masanya. Bagilah aku peluang improve diri aku. Bagilah peluang tu kat aku, bagi masa bagi jalan. Sekurang-kurangnya aku ada space, aku tak terkejar-kejar capai target tu. Aku bukan manusia perfect yang boleh dibanggakan sekelip mata. Aku boleh rasa aku lebih teruk dari orang bumi. Kenapa orang bumi? Sebab orang bumi lebih tau buat macam macam dari aku. Boleh survive. Boleh buat tu boleh buat ni. Duduk kat mana mana pun tetap hidup. Sedangkan aku? Tapi tak adil la kalau nak dibandingkan aku dengan orang bumi. Keadaan dan persekitaran berbeza. 
 .
 .
Banyak lagi aku perlu belajar. Tak kira belajar apa. Soft skill ke, hard skill ke, apa apa skill la. Tolonglah bersabar dan faham keadaan aku. Terlalu banyak benda aku perlu catch up. Life as a student. Kejar sana kejar sini Mestilah ada benda yang aku lupa sebab dah lama tak buat. Tapi boleh ingat balik kalau buat slow slow. Benda tu bukan hilang terus. Cuma perlukan masa je. Aku admit aku memang selalu blur. Selalu terlupa. Lampi (lambat pick up). Ingatkanlah aku supaya tak terus menerus lupa dan lupa..
 .
 .
Memang aku sedih sangat. Macam aku tak layak. Tak layak untuk pergi ke fasa seterusnya sebab benda simple macam tu tak boleh lepas. Aku terkilan. Tapi tak perlu la aku tunjukkan muka terkilan tu. Sebab nak menjaga hati manusia sekeliling. Memendam rasa. Tak elok untuk aku sebenarnya. Selagi tak luah, aku rasa boleh muntah hijau. Lebih baik menangis. Biarlah. Yang penting aku tak nak menyusahkan sapa sapa. Hati aku, bukan hati orang lain. Yang rasa aku, aku sendiri. 
 .
 .
Aku minta maaf. Sebab kecewa. Terasa hati. Merajuk dengan sapa pun tak tau. Senang kata merajuk tak tentu pasal. Diam tak berkata kata. Otak berfikir tapi penyelesaian memerlukan masa. Lagi lama aku berfikir boleh gila. Baik jangan fikir. Buat satu satu. Kena cuba step by step. Pasti ada gagal. Tapi bangunlah selepas gagal. Jangan jatuh terus lepas gagal. Takkan berjaya kalau macam tu. Sokongan. Aku perlukan sokongan. Bukan cercaan dan makian. Hati ni terlalu lembut untuk menerima kata kata kasar. Tapi aku pastikan ia tabah supaya terus hidup demi cita cita dan impian..
 .
 .
 

Thursday, July 14, 2011

bila demam

eh bersawang dah. takpe. meh bersihkan sat.
.
dugaan hari ni. demam plus flu. bukan selsema burung ok. takpe, penghapus dosa. mudah mudahan diampunkan dosa dosa yang lalu dan akan datang.
.
tak nak tulis banyak banyak. sebab takde idea. tapi stil nak typing. ada sesuatu yang bermain kat otak aku ni. biarlah, kalau ada yang bising. aku tak kacau sapa sapa pun. kan kan. for readers, aku kalau time demam gini la. cakap merepek merepek. keje memang haram tak bergerak. esok bos nak pegi meeting. data tak siap lagi. kang memang kena 'sekolah'. haha. ah layann.
.
bila aku demam, aku senyap je. malas gila nak bercakap. tapi nak menulis. menulis mesej. sebab dah kurang cakap so kena la menulis. nanti hidup macam tak lengkap. otak dok berputar putar. kepala pun fenin fenin. cait. hape pun tak boleh.
.
bila aku demam, aku senang tacing. tak kira sapa sapa. kalau orang yang dekat, lagi ar. sentap! tacing bukan sebab terharu, tacing sebab sakit hati. geram. boleh jadi kes menyampah kalau dah geram tahap gaban. insya Allah, untung naseb kena marah habislah. (aku tak suka marah tanpa sebab) nak buat aku tacing ke sakit hati ke time aku sihat. its ok. boleh balas dengan cara menumbuk orang tu atau pun bagi penyepak free. paling koman pun, kena shoot guna bola baling.
.
bila aku demam, tendency untuk menangis lebih tinggi. aku kan gembeng. tak pasal pasal nangis. benda kecik pun dah mengalir air mate ni. memang. memang aku cepat nangis dan nangis terus menangis kalau hati aku dah terluka. mintak maaf? esok lusa baru pikir.
.
bila aku demam, aku nak tido lama lama. sapa kacau memang tak layan. zzz.
 .
bila aku demam, aku tak suka demam lama lama. mood aku memang terjejas teruk. aku tak boleh senyum. bila nak senyum rasa macam jadik kambing, yela senyum kambing. pfft~
.
bila aku demam, aku malas pegang tepon. dah aku kata malas nak layan, tak yah la kacau. nak buat lawak ke hape ke, time lain.
.
.
betul la bila demam, dugaan kuat. macam macam berlaku. bila masalah yang bersangkut paut dengan hati memang semakin lambat la kebah demam ni. kadang kadang aku pun tak paham. huh. ala yang demam ni aku. bukan orang lain. cait. hape pun tak boleh.

ok, aku cuba faham kenapa kau buat macam ni kat aku. aku terima.