Friday, July 29, 2011

Selamat Tinggal PPD Muar

Hari ni hari jumaat. 29 Julai 2011. tengok tajuk tuh, selamat tinggal PPD Muar. esok lusa aku tak datang lagi ke ppd as budak praktikal. sedih kan.. 2 bulan 2 minggu, 2 minggu sebab extend. tak merasa lagi keje tanpa gaji kat ppd ni lagi. aku tak kisah sangat keje tanpa gaji ni sebab dalam praktikal. alhamdulillah, orang orang kat ppd ni sume best best belaka. baik baik. selalu belanja makan, untung jadik budak praktikal kat sini. dijaga, dilindungi..dimanja? ah tu tak boleh blah. haha.
.
.
Dah last last ni baru nak ajak akak2 pegi karok. selalu karok dengan si ipah tu je. tak pun dengan su. sedih plak, tah bila dapat jumpa lagi.. mesti rindu dengan diorang. huuu.. dah 2 bulan baru nak merasa keakraban dengan orang orang kat sini. masa awal awal tak rasa sebab stil fresh.. haha. malu pun ye. sekarang dah kurang malu. haha.
.
.
Aku suka serbu unit kewangan sebab ada ipah. ada kak wawa. boleh kacau diorang. haha. ada jugak akak2 lain. mula mula takut tengok diorang sebab sume keje kusyuk, macam nak telan orang kalau ada orang masuk unit. yang aku slumber main seru nama ipah. ipah oh ipah! ha camtu la. rupa rupanya, diorang cakap belum ada yang suka buat onar melainkan aku dengan adib. hahaha. sori geng.. jangan garang garang, korang sume manis manis belaka bila senyum tau! huhu.
.
.
Selain tu, aku suka serbu unit ict. sebab ada 2 orang lagi budak praktikal. diorang 6 bulan. peh lebam wehh. huhu. unit ict sejuk gila, pastu aku suka pegi toilet atas. sekali lalu la tu. hehehe.
.
.
Kalau boleh aku nak sebut sorang sorang yang kat sini.. tah la. terlalu berharga kenangan ni..
Dan...Kalau tak kerana pertolongan cikgu aku tu, tak mungkin aku boleh ada kat sini. tah kat mana tah. terima kasih cikgu.. sebelum terlupa, terima kasih kat KU. sudi terima aku kat Unit Pengurusan Sekolah. errr. nanti tolong sign kan buku log saya ye. hihihi.
.
.
Aku dapat 2 hadiah masa majlis. aku jarang dapat hadiah hadiah ni. terharu wehh. pastu ada buat ucapan sikit. cait tersasul plak time bagi ucapan. kena gelak. saje control, sebab dah nak nangis. tersentuh perasaan.
Terima kasih semua.. aku tak bagi lagi hadiah kat korang an. takpe, nanti aku carikan ok..
..
.
Kepada pegawai dan staf unit pengurusan sekolah, haji mad, sir rosli, ibu mariah, abg jo, haji shafie, haji akabal. en fauzee, mr lee, dan adha, terima kasih yang tak terhingga. walaupun tak terucap dengan kata kata insyaAllah satu hari nanti jika diberi peluang aku balas jasa korang.. dan, halalkan makan minum aku. err aku selalu amek beskot. beskot tu habis sebab aku yang amek. huhu.

Sayang korang sampai bila bila. Semoga sukses PPD. ! ;)

1 comment:

  1. sedih aku bace..wuwuwu.aku pon sedih weh..kejap je rase kite intern ni kan..em.takpe la..sabar je la..stp y berlaku ade hikmahnye.insyaallah.chill beb

    ReplyDelete