Wednesday, July 27, 2011

Tak Marah tapi Sedih


Hai readers. Entry ni drafted. Baru sempat ni. Time ni, aku menulis sampai tertidur disebabkan terlalu penat lepas balik kerja..
..
.
Aku tak marah tapi aku sedih. Aku terasa dengan kata-kata tu. Bukan aku nak benda semua macam ni berlaku kat aku. Keadaan dan kekangan masa memaksa aku jadik macam ni. Tolonglah jangan paksa aku pikir macam macam. Memang la aku nak jadik yang terbaik. Sapa yang tak nak kan? Biarlah aku ikut flow masa. Aku akan buat, aku akan laksanakan. Tapi sekarang bukan masanya. Bagilah aku peluang improve diri aku. Bagilah peluang tu kat aku, bagi masa bagi jalan. Sekurang-kurangnya aku ada space, aku tak terkejar-kejar capai target tu. Aku bukan manusia perfect yang boleh dibanggakan sekelip mata. Aku boleh rasa aku lebih teruk dari orang bumi. Kenapa orang bumi? Sebab orang bumi lebih tau buat macam macam dari aku. Boleh survive. Boleh buat tu boleh buat ni. Duduk kat mana mana pun tetap hidup. Sedangkan aku? Tapi tak adil la kalau nak dibandingkan aku dengan orang bumi. Keadaan dan persekitaran berbeza. 
 .
 .
Banyak lagi aku perlu belajar. Tak kira belajar apa. Soft skill ke, hard skill ke, apa apa skill la. Tolonglah bersabar dan faham keadaan aku. Terlalu banyak benda aku perlu catch up. Life as a student. Kejar sana kejar sini Mestilah ada benda yang aku lupa sebab dah lama tak buat. Tapi boleh ingat balik kalau buat slow slow. Benda tu bukan hilang terus. Cuma perlukan masa je. Aku admit aku memang selalu blur. Selalu terlupa. Lampi (lambat pick up). Ingatkanlah aku supaya tak terus menerus lupa dan lupa..
 .
 .
Memang aku sedih sangat. Macam aku tak layak. Tak layak untuk pergi ke fasa seterusnya sebab benda simple macam tu tak boleh lepas. Aku terkilan. Tapi tak perlu la aku tunjukkan muka terkilan tu. Sebab nak menjaga hati manusia sekeliling. Memendam rasa. Tak elok untuk aku sebenarnya. Selagi tak luah, aku rasa boleh muntah hijau. Lebih baik menangis. Biarlah. Yang penting aku tak nak menyusahkan sapa sapa. Hati aku, bukan hati orang lain. Yang rasa aku, aku sendiri. 
 .
 .
Aku minta maaf. Sebab kecewa. Terasa hati. Merajuk dengan sapa pun tak tau. Senang kata merajuk tak tentu pasal. Diam tak berkata kata. Otak berfikir tapi penyelesaian memerlukan masa. Lagi lama aku berfikir boleh gila. Baik jangan fikir. Buat satu satu. Kena cuba step by step. Pasti ada gagal. Tapi bangunlah selepas gagal. Jangan jatuh terus lepas gagal. Takkan berjaya kalau macam tu. Sokongan. Aku perlukan sokongan. Bukan cercaan dan makian. Hati ni terlalu lembut untuk menerima kata kata kasar. Tapi aku pastikan ia tabah supaya terus hidup demi cita cita dan impian..
 .
 .
 

No comments:

Post a Comment