Saturday, April 30, 2011

Melarikan Diri?

Teet teneeeetttt...

Pernah tak korang rasa korang sedang "melarikan diri" daripada seseorang? Mesti pernah an an.. Korang rasa macam takde kekuatan nak HADAP dia depan depan mata, sedangkan kalau korang ternampak dia dari jauh dia tengah berpaling, korang cepat cepat lari sebab takut + tak sanggup + keliru  dan segala macam perasaan yang tak kena dalam hati korang tuh kan..
.
.
Padahal dalam hati tu debuk debak jerit jerit suruh jumpa orang tuh. Nak tengok dia walaupun bayangan dia semata mata. Nak check keadaan diri dia walaupun korang tak nak buat sebenarnya. Nak tengok apa dia buat, sapa dia jumpa, dengan sapa dia bercakap, dengan sapa dia keluar dan berkawan. Whatever apa yang dia tengah buat la. Curik curik stalk wall dia kat facebook ke, pastu baca post atau komen komen, tak pun keje bangang kau klik kat older post dia sedangkan post dia dah berbulan2 punya. tak macam bengong plak an.
.
.
RINDU. tu la sebenarnya. korang rindu dia. rindu dengan kenangan dulu time berbaik baik. pegi jalan jalan sama sama, pegi tengok movie ke, pegi makan ke, pegi toilet ke.eh tu tak yah kot, tak yah tipu. aku confirm korang dah cukup paham apa tu rindu. budak kecik pun rindu mak ayah diorang lagikan korang yang rindukan orang yang korang sayang. rindu pada seseorang. Namun, adalah lebih baik dan afdal rindu pada yang maha ESA. Sebagai manusia normal, aku anggap tu normal.
.
.
Heh, tetiba mengarut plak. Back to the point. 'Melarikan diri' kadang kadang boleh bagi output positif, iaitu korang tak yah nampak muka dia lagi. so tak de sakit hati. tapi yang negatif ni la yang payah sikit. Kenapa? sebab, kau pernah sayang orang tu, tak kira la sahabat, roomate, kekasih atau pun TTM (teman tapi mesra). Kemungkinan besar boleh menyebakan terPUTUS nya hubungan 2 hati. Perghhh! Bab ni la yang paling LOSER kalau korang nak tau. Dua dua pihak akan terasa impak maksimanya. Aku rasa antara faktor berlakunya 'melarikan diri' adalah:

  • Takde kekuatan nak hadap orang tuh.
  • Rasa sedih yang amat amat tatkala terpandang muka dia. aku boleh nangis on the spot bila sensitif gila. Korang jangan buat ni, malu kottt.. haha.
  • Tak tahan dengar suara dia. Korang akan cari alasan supaya tak nak angkat call orang tuh, kalau korang angkat pun tetap rasa sayu .. korang tak balas mesej kalau balas pun mesti rasa tacing, rasa something yang sedih.. aku penah baling tepon aku sendiri sampai jadik jigsaw puzzle.
  • Ada pihak pihak lain yang menghalang atau tak suka dengan hubungan korang tuh. Diorang sedaya upaya buat korang terpisah.. jauh dan jauhhh..
  • Cuba menghilangkan kenangan bersama dia. Ni yang paling tough. Orang yang kuat je mampu buat ni.. aku paling loser bab ni la.. Simpan lah kenangan tu sampai bila bila kalau korang tak hilang ingatan laa.. huhu~

.
Apa pun faktor faktor ni, keputusan kat tangan individu masing masing. Kalau takdir dah menentukan yang korang dah tak boleh bersama, kita kena redha dan terima kenyataan. Ni semua ujian daripada Allah Taala, kepada hamba hambanya supaya menjadi lebih KUAT.
.
.
Kepada diri aku, aku harap aku kuat lepas ni. Umur pun dah meningkat. Hopefully, menjadi lebih matang dalam apa jua tindakan. huhu.. Biarlah hati sendiri terluka demi kebahagiaan orang lain. Pehal plak nak jiwang2 nih. hahaha. Btw, sentiasalah berdoa moga diberi kekuatan dan diberi kebahagiaan kepada diri sendiri dan orang yang tersayang. amiinn~
.
.
--> korang pun kena kuat gak tau, for those yang pernah rasa loser macam nih. OK.
-->KEMAAFAN. mungkin aku akan tulis pasal ni lain kali. will be continued soon..

hikayat MERONG MAHAWANGSA

mood : perasaan teruja seperti baru lepas makan nasi ayam penyet . takde kene mengena la kau!


ESOK ada paper elektrik aku still dok suka2 menghadap si lappy ni. haha. aku baru sudah tengok cerita HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA ni. alaaa, aku tau la aku lambat tengok cerita ni. tok sah la gelak kan aku. geram punya pasal tak dapat tengok cite ni time baru2 keluar. Seriously aku suka gila tengok cite ni. ! Memang history la. terbaik la KRU production. Brilliant! Bak kata Sepah. copy paste ayat Sepah. hehe.
.
.
Aku jatuh cinta dengan si Merong??? hahaha. dengan badan dia yang ketul2 tu, perghh tak gugur iman dibuatnya. aish.. Istighfar wehh.. memang aku tengok cite ni aku TAK KENAL sapa yang berlakon. teruk la aku ni. heh. yang aku tau si Jehan jadik Embi. pun boleh la dia lawan2 sume buat aku kagum! Awesome la.. Pastu sapa tuh, ala.. yang berlakon cite Hantu Kak Limah.. heroin dia. Hah! Ummi Nazeera. jadik Embok. memang cara. jadik awek Merong. ngeeehheeee. jeles la plak. ni lagi si Mawas. eh bukan Kemawas memang patut jadik Mawas. memang jahat gila ar. heee. geram dengan dia. tapi memang gagah la. masa dia lawan dengan Marcus, pastu apek Laksamana tuh, fit siotttt. tak penat! pastu dok berlawan2 dengan hero. wohoohoho. kagum kagum. tu Khir Rahman. dari dulu memang suka dia berlakon. sukaaaa sangat. smart actor. rasa macam nak bagi award kat dia pulak. haha. ^^,
.
.
Pastu, pak Kesum a.k.a Dato' Rahim Sazali. aku hampir tak kenal sapa la orang tua tuh. yela.. dengan rambut dengan janggut macam A. Samad Said. "Fuyoooo!!", macam tu la aku sebut time first2 aku tengok, siap mulut muncung ke depan macam nak hirup air teh O. hahaha. pastu lagi sapa tuh, ahli sihir si Geruda. tu memang jahat. dalam cite tu je ar dia jahat, kat luar errmmm tak tau. hehehe. W.Hanafi. W. Su. not bad.. nice one. boleh jadik ahli sihir abad 30 pasni. tu pun kalau tak kena sumpah la! haha. gurau ok. jangan saman tau.
.
.
Sebenarnya aku nak cerita pasal si Merong je, tapi tetibe dah tertaip pasal orang lain. heh. songsang arus la. jangan songsang iman ye. Aku tak penah la tengok si Merong ni berlakon kat mana2. Korang penah tak? oh baru teringat, dia ada berlakon dalam cite Los dan Faun. hahaha. dengan Khir jugak. aku rasa dia ni bagus. Speaking pun not bad. boleh rojak2. style dia cakap memang macam melayu dulu kala. sebijik2. kang speaking jawa, terkojot plak korang. haha. nama dia Stephen Rahman Hughes. mix mat saleh kottt.. aku takde la puji melangit sampai langit ketujuh, tapi kalau la betul Merong zaman dulu macam ni, aku BANGGA sangat. aku sendiri sanggup berjuang demi merampas maruah. huh, betol2 semangat nih! sebab tu aku suka cerita ni. hahaha.
.
.
Sangat berterima kasih kepada KRU dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sebab buat cerita sejarah ni. dengan efek2 sound background sume bagai aku ni fail sikit bab nyebut2 pasal production filem memang klassss ar.. nampak air tangan korang yang terer buat filem2 jenis macam ni. tak sia2 aku download cite ni. oppss, kawan aku. syikin. hehe.
.
.
Begitu lah entri kali ni. malas nak bebel panjang2 sebab dok teringat tak habis study lagik. huu~
.
.
.
.
-->** ok. jom study. dah puas tengok cerita. padahal pagi2 tak gosok gigi terus on lappy sebab teringat baru dapat cerita ni. hehehe. GOOD LUCK kawan2 yang amek exam Elektrik Eng. for Manangement. heee.

Friday, April 29, 2011

MISS someone

Tersedar dari tido aku terus teringat kat someone. sebab dia ada call time aku tengah tido petang . Aku dengar suara dia kecewa tak dapat cakap dengan aku, sebab aku lebih penting kan tido aku. heh. bongok la aku ni.

Actually, aku mengelak dari jumpa dia plus cakap dengan dia, even dalam call or whatever medium perhubungan. skema plak. Aku cuma boleh stalk dia dari profile dia jek. Seriously, aku rindu kawan aku tu. a.k.a most most important friend bukan VVIP tau. heh.

Aku ada sebab, kenapa aku buat macam ni:
  • bila aku tengok profile dia jek. mesti bertukar picture. macam jeles. tapi aku tau bukan dia yang buat.
  • bila aku tengok orang2 yang post kat wall, mesti bukan orang lain, asyik2 orang sama. tak payah nak bagitau sangat korang tu BAHAGIA sangat.
  • kejap2 ada je picture baru upload. padahal sebelum ni takde ar rajin sangat upload. minah tu lagi.
  • aku dah dibagi HINT supaya jangan dekat lagi dengan kawan aku tu.
Apa pun alasan aku yang kat atas, masih ada lagi yang aku tak sebut. Aku rindu tahap kamen rider  gaban kat kawan aku tu. kalau dia baca dia entry aku ni tak tau la dia tacing ke tak. LOSER la aku ni, nak jiwang2 plak aih.

Aku buat semua ni sebab aku tak nak ada orang hati terluka sebab friendship aku dan dia. walaupun kami sekadar kawan rapat. aku tak boleh buat dia lebih dari kawan, sebab aku tau status dia. Sedih pulak tetiba. haih. Sebelum ni sama2 gelak, sama2 dengki, sama2 nyakat. haih, loser2..~
.
.
.
.
"Sorry kawan, aku memang terpaksa buat semua ni. Aku rasa kau tau apa alasan aku."

p/s: aku cakap bila aku maksudkan nya.

Wednesday, April 27, 2011

aku buat lagi

.
.
.
.
.
aku buat lagi. blog dulu macam tak best. so, better use this. will be updated soon.

.
.
.
.
--> heh. nak pegi exam pun sempat lagi. jangan buat selalu ok. GOOD LUCK to me.